Selepas lebih seminggu dilanda gempa bumi, rakyat Syria yang cuba membina semula kehidupan mereka di bandar Lattakia menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian.<br /><br />Ini kerana pengagihan bantuan setakat ini tidak memenuhi keperluan mendesak mereka selain masalah birokrasi untuk mendapatkannya.